Following details will be shared with the tutors you will contact:
Confirm to delete
Are you sure want to delete this?
AmmarScientist, tech
No reviews yet
Online Teacher | Pengajar Profesional dalam Pembelajaran Digital Saya seorang guru dalam talian yang berdedikasi dengan pengalaman masih sedikit dalam menyediakan pengajaran berkualiti tinggi kepada pelajar, namun saya akan membawa pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan. Mengkhususkan dalam bidang sains, saya akan memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif, menarik, dan berkesan. Kita akan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan kritis dengan konsep memahami, mengingati, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Kemahiran Utama:
Perancangan kurikulum yang terstruktur dan diperibadikan untuk memenuhi keperluan individu pelajar.
Penggunaan alat pembelajaran digital seperti Google Meet, Zoom
Pengajaran berasaskan hasil dengan fokus pada pemahaman konsep dan peningkatan prestasi.
Komunikasi yang jelas dan efektif untuk membina hubungan positif dengan pelajar dan ibu bapa.
Pengalaman:
Setahun tahun pengalaman mengajar dalam talian dengan kejayaan membantu pelajar mencapai sasaran akademik mereka.
Pengalaman bekerja dengan pelajar antarabangsa, termasuk penyediaan bahan dalam pelbagai format untuk menyesuaikan diri dengan zon waktu dan tahap kemahiran yang berbeza.
Nilai Profesional: Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi unik untuk cemerlang, dan tugas saya adalah memupuk potensi tersebut melalui kaedah pengajaran yang inovatif, motivasi, dan sokongan berterusan.
Matlamat: Untuk membantu pelajar menguasai subjek mereka dengan yakin sambil memupuk kemahiran berfikir kritis dan belajar kendiri dalam persekitaran digital.